28 OKTOBER 2024: Unit Psikologi dan Kaunseling (UPsK) dengan kerjasam dengan Unit Pembangunan Latihan (UPL) telah menganjurkan Program Hands On Therapy for Wellbeing kepada AKP dan pensyarah akademik pada 28 Oktober 2024 bertempat di Mini Teater bermula pukul 8.00 pagi hingga 4.30 petang. Program ini djalankan dalam dalam 2 bentuk iaitu ceramah berkaitan Literasi Kesihatan Mental dan aktiviti individu yang dikendalikan oleh Kaunselor Pelatih daripada USAS. Diantara objektif program ini adalah untuk membantu peserta supaya sentiasa peka dan mengambil berat tentang kepentingan emosi dan pengurusan emosi, memberikan teknik mudah pengurusan emosi melalui imagery therapy dan membantu peserta mengekalkan momentum kerja yang positif serta meningkatkan prestasi kerja masing-masing.
No comments:
Post a Comment