10 JUN 2026 - UPSK bersama PRSD IPGK Ipoh telah memasuki pertandingan inovasi kategori Pengurusan. Pasukan SYNERGY yang diwakili oleh Pn. Siti Ainani binti Abd Razak, serta 4 ahli PRSD iaitu saudara Amir, Hisyam, Maira dan Damia dari Unit B telah menghasilkan inovasi bertajuk KIT KEMUDI. Pasukan ini telah memenangi Johan (Pingat Emas) bagi kategori ini. TAHNIAH diucapkan.
11-13 MEI 2026 - Program Pemantapan AKRAB Zon Utara bertempat di PLK Ulu Kenas,Perak melibatkan 72 orang peserta dari semua IPG Zon Utara. IPGKI telah menghantar seramai 10 orang peserta yang terdiri daripada ahli AKRAB dan Kaunselor Pendidikan IPGKI. Program ini merupakan kerjasama dengan Akademi Kenegaraan Malaysia. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan yang berjaya merapatkan hubungan sesama peserta.
PROGRAM KARAKTER GURU MUDA MASA KINI
10 JULAI 2026 - Satu program ceramah telah diadakah kepada pelajar PISMP Unit C bertempat di Dewan Seri Melati, IPGKI. Ceramah ini telah disampaikan oleh Hj Muhammad Halili bin Hj Mohd Isa, Presiden Persatuan Guru Besar Malaysia / Guru Besar SK Dato Yahya Subban. Penceramah telah memberi semangat, motivasi dan nasihat kepada bakal-bakal guru.
PROGRAM PEMANTAPAN KEPIMPINAN & PEMUDAHCARA PRSD IPGKI TAHUN 2026
19 - 21 JUN 2026 : Bertempat di Resort Universiti Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, satu program kerjasama antara PRSD IPGK Ipoh dan Fasilitator USAS telah dijalankan yang melibatkan seramai lebih kurang 20 orang ahli PRSD IPGKI. Objektif program ini dijalankan adalah untuk memberi kemahiran menguruskan program dan ilmu pemudahcara kepada ahli PRSD kerana kemahiran ini sangat perlu khususnya kepada semua siswa guru amnya sebagai nilai tambah untuk menjadi bakal pendidik yang serba boleh danberkemahiran. Antara aktiviti yang dijalankan adalah lawatan ke Makmal Kaunseling USAS, sesi ice-breaking, pembinaan kumpulan, LDK dan malam kebudayaan. Pada hari akhir, peserta telah pergi ke Pusat Kraftangan Labu Sayong untuk demo pembuatan labu sayong, serta mewarna.
SANTAI CORNER MENTAL HEALTH ZONE
22 April 2026 - Unit Psikologi dan Kaunseling telah menganjurkan Santai Corner : Mental Health Zone yang bertempat di ruang Foyer IPGK Ipoh. Program ini telah dikendalikan oleh Kaunselor pelatih Akmal dan Qistina. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan di mana ia memberi ruang kepala para pelajar untuk lebih mengenali diri, dan berkongsi isu bersama kaunselor secara lebih santai dan terbuka.
CERAMAH BAKAL GURU BERINSPIRASI : PERSEDIAAN TEMUDUGA IPG
21 April 2026 - En Mohd Nazri bin Saad telah dijemput untuk memberi perkongsian dalam Slot Bakal Guru Berinspirasi : Persediaan Temuduga IPG secara dalam talian. Program ini telah dianjurkan oleh PPD Perak Tengah dengan kerjasama Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Perak Tengah. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua calon-calon pelajar yang ingin memohon program PISMP IPG bagi tahun ini.
PROGRAM SMART INFLUENCER BERSAMA SKMM
24 April 2026 - Telah diadakan satu ceramah berkaitan Smart Influencer bersama Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) kepada pelajar Unit A . Timbalan Pengarah SKMM Cawangan Ipoh iaitu Ts. Faizul Azlee bin Mahat telah hadir berkongsi tentang isu keselamatan multimedia, perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan berkaitan perkongsian di media sosial khususnya oleh penjawat awam khususnya serta banyak lagi. Diharapkan program ini dapat memberi pendedahan kepada para pelajar tentang perkara pentingnya untuk berkongsi perkara yang selamat di media sosial.
MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PEMBIMBING RAKAN SISWA PENDIDIK (PRSD) IPGK IPOH TAHUN 2026
17 April 2026 - Seramai 17 orang Ahli Majlis Tertinggi dan Ahli Majlis Mesyuarat PRSD IPGK Ipoh bagi sesi 2026/2027 secara rasminya telah dilantik dan menerima watikah pelantikan yang disampaikan oleh Pengarah IPGK Ipoh, Dr Hamidah binti Samsudin. Diharapkan dengan pelantikan ini, PRSD IPGK Ipoh dapat memainkan peranannya dalam membantu meningkatkan kesejahteraan emosi di kalangan pelajar IPGK Ipoh serta menjadi tulang belakang dalam pelbagai pelaksaan aktiviti sokongan Unit Psikologi dan Kaunseling IPGKI.
TAKLIMAT PROGRAM PEMENTORAN PERKHIDMATAN AWAM KPM PERINGKAT IPGK IPOH TAHUN 2026
23 FEBRUARI 2026 - Bertempat di Mini Teater IPGK Ipoh, telah diadakan Taklimat Program Pementoran Perkhidmatan Awam KPM Peringkat IPGK Ipoh. Ianya telah dihadiri oleh Mentor dan Mentee yang terdiri daripada Pegawai Pengurusan dan staf IPGKI yang baru dilantik pada tahun ini. Program dimulakan dengan ucapan daripada Ketua Unit UPSK En. Mohd Nazri bin Saad, seterusnya penyerahan surat pelantikan Mentor dan buku log Mentee. Taklimat penerangan Pementoran telah diberikan oleh Pn. Kastina binti Abu Kassim. Program diteruskan lagi dengan slot psikososial - terapi warna yang dibimbing oleh Cik Jami'ah binti Ismail, Pegawai Pengurusan UPP. Unit Psikologi dan Kaunseling IPGK Ipoh mengucapkan terima kasih kepada semua Mentor dan Mentee yang hadir pada program ini.
MAJLIS PEMBUBARAN JK PRSD SESI 2025/2026 DAN MESYUARAT AGUNG PRSD TAHUN 2026
BENGKEL KERJA PEMBANGUNAN MANUAL PENGURUSAN PROGRAM KAUNSELING (MPPK) IPG KPM TAHUN 2026
26-27 JAN 2026 : En Mohd Nazri bin Saad (Ketua Unit Psikologi dan Kaunseling) telah dijemput untuk menjadi panel jawatankuasa dalam Bengkel Kerja Pembangunan Manual Pengurusan Program Kaunseling (MPPK) IPG bertempat di Hotel The Jerai Sungai Petani, Kedah. Semoga usaha ini dapat meningkatkan lagi kualiti kerja dan pengurusan Unit Psikologi dan Kaunseling IPG di masa akan datang.
SLOT PEMETAAN PERSONALITI DAN KEPIMPINAN PELAJAR IPG KAMPUS IPOH TAHUN 2026
28 JAN 2026 : Unit Psikologi dan Kaunseling (UPsK) IPGMKI telah dijemput untuk mengendalikan slot psikometrik bersama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2026 anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Slot ini diadakan di Pusat Islam IPGKI pada pukul 3.30 - 5.00 petang dengan disertai seramai 27 orang AMT dan AMM JPP. Slot ini telah dikendalikan oleh Pn. Siti Ainani binti Abd Razak, Kaunselor Pelajar IPGKI. Antara aktiviti yang telah sediakan adalah ice-breaking, pentadbiran Inventori Big Five, Personaliti Plus serta penerangan berkaitan skor yang diperolehi dan bagaimana ia dikaitkan dengan ciri-ciri pemimpin. Slot ini berlangsung selama 1 jam 30 minit. Setelah selesai, dapatan skor telah dibincangkan bersama pegawai JHEP untuk penilaian personaliti AMT.
BENGKEL PENATARAN EKOSISTEM 1 PSIMP AMBILAN SEPT 2021- JULAI 2026 (UNIT X) TAHUN 2026
14 JAN 2026 : Unit Psikologi dan Kaunseling (UPsK) IPGMKI telah dijemput untuk mengendalikan slot bersama UPSK di dalam Bengkel Penataran Ekosoistem 1 PISMP Ambilan Sep 2021-Julai 2026 anjuran Jabatan Kecemerlangan Akademik dan Unit Praktikum. Slot UPsK yang diadakan di Dewan Seri Tanjung ini dilaksanakan pada pukul 2.30 hingga 3.30 petang. Bengkel ini telah disertai oleh pelajar PISMP Unit X seramai 322 orang. Bagi slot UPsK, aktiviti telah dikendalikan oleh Pn. Siti Ainani binti Abd Razak, Kaunselor Pelajar bersama dengan kaunselor pelatih daripada USAS iaitu Cik Fadhilah dan Cik Aisyah. Pn. Siti Ainani telah menyampaikan perkongsian bertajuk Amalan Penyayang selama 1 jam.







.jpeg)












































