Objektif Unit
- Memberikan perkhidmatan kaunseling kepada pegawai dari
     kumpulan pengurusan dan professional dan kumpulan perkhidmatan sokongan
     serta pelajar IPG
 - Ketua Unit Kaunseling adalah sebagai ahli Majlis
     Mesyuarat Pengurusan dan Pentadbiran (M3P) IPG.
 - Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti
     kaunseling IPG di dalam aspek pengembangan, pemulihan dan intervensi.
 - Merancang memberi dan merekod khidmat kaunseling
     individu, kelompok, keluarga dan kaunseling krisis.
 - Merancang dan melaksanakan dan memantau pelaksanaan
     pekeliling perkhidmatan yang signifikan dengan perkhidmatan Kaunseling dan
     Psikologi.
 - Pekeliling perkhidmatan Bil. 4/1998 (Garis panduan
     mengurus pegawai Berprestasi Rendah & Pegawai yang bermasalah).
 - Pekeliling Pekhidmatan Bil. 1/1999 (Panduan mewujudkan
     Perkhidmatan Kaunseling).
 - Pekeliling Perkhidmatan Bil.18/2005 (Panduan aplikasi
     Psikologi).
 - Pekeliling Perkhidmatan Bil.22/2005 (Gangguan Seksual
     di tempat kerja).
 - Mengenalpasti keperluan perkhidmatan kaunseling melalui
     Kajian Taksiran Keperluan/ Soal selidik/ temubual/ perbincangan dengan pegawai
     daripada kumpulan pengurusan dan professional dan kumpulan perkhidmatan
     sokongan.
 - Merancang, mengawal selia dan mengemaskini rekod dan
     inventori pegawai dan staf sokongan.
 - Mengelola dan melaksanakan program dan aktiviti
     kaunseling dan latihan motivasi untuk merangsang sumber manusia IPG.
 - Seterusnya menilai semua program yang telah dijalankan
     untuk menambah baik kepada program aktiviti yang akan datang.
 - Mengambil tindakan susulan bagi tujuan memberi
     perkhidmatan kaunseling.
 


No comments:
Post a Comment