• ;

SANTAI CORNER MENTAL HEALTH ZONE

22 April 2026 - Unit Psikologi dan Kaunseling telah menganjurkan Santai Corner : Mental Health Zone yang bertempat di ruang Foyer IPGK Ipoh. Program ini telah dikendalikan oleh Kaunselor pelatih Akmal dan Qistina.  Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan di mana ia memberi ruang kepala para pelajar untuk lebih mengenali diri, dan berkongsi isu bersama kaunselor secara lebih santai dan terbuka.






Kongsi:

CERAMAH BAKAL GURU BERINSPIRASI : PERSEDIAAN TEMUDUGA IPG

21 April 2026 - En Mohd Nazri bin Saad telah dijemput untuk memberi perkongsian dalam Slot Bakal Guru Berinspirasi : Persediaan Temuduga IPG secara dalam talian.  Program ini telah dianjurkan oleh PPD Perak Tengah dengan kerjasama Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Perak Tengah.  Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua calon-calon pelajar yang ingin memohon program PISMP IPG bagi tahun ini.



Kongsi:

PROGRAM SMART INFLUENCER BERSAMA SKMM

 24 April 2026 - Telah diadakan satu ceramah berkaitan Smart Influencer bersama Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) kepada pelajar Unit A .  Timbalan Pengarah SKMM Cawangan Ipoh iaitu Ts. Faizul Azlee bin Mahat telah hadir berkongsi tentang isu keselamatan multimedia, perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan berkaitan perkongsian di media sosial khususnya oleh penjawat awam khususnya serta banyak lagi. Diharapkan program ini dapat memberi pendedahan kepada para pelajar tentang perkara pentingnya untuk berkongsi perkara yang selamat di media sosial.






Kongsi:

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PEMBIMBING RAKAN SISWA PENDIDIK (PRSD) IPGK IPOH TAHUN 2026

17 April 2026 - Seramai 17 orang Ahli Majlis Tertinggi dan Ahli Majlis Mesyuarat PRSD IPGK Ipoh bagi sesi 2026/2027 secara rasminya telah dilantik dan menerima watikah pelantikan yang disampaikan oleh Pengarah IPGK Ipoh, Dr Hamidah binti Samsudin. Diharapkan dengan pelantikan ini, PRSD IPGK Ipoh dapat memainkan peranannya dalam membantu meningkatkan kesejahteraan emosi di kalangan pelajar IPGK Ipoh serta menjadi tulang belakang dalam pelbagai pelaksaan aktiviti sokongan Unit Psikologi dan Kaunseling IPGKI.





Kongsi:

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1