Aluan Ketua Unit
Assalamualaikum
dan salam sejahtera
Unit
Psikologi dan Kaunseling IPG Kampus Ipoh memainkan peranan dalam kesejahteraan
modal insan selaras dengan visi dan misinya, “Insan sejahtera warga harmoni
emosi seimbang” dan “Pembestarian perkhidmatan psikologi dan kaunseling
untuk memperkembangkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara.
Pelaksanaannya
merujuk kepada aktiviti psikologi dan kaunseling yang meliputi aspek penilaian
personel, pembangunan personel, penyelidikan dan intervensi dengan menyediakan
perkhidmatan psikologi dan kaunseling untuk kesejahteraan individu dan
organisasi berkaitan dengan perkhidmatan pembangunan, pencegahan, pemulihan dan
intervensi krisis yang merupakan usaha penambahbaikan berterusan terhadap
pengurusan modal insan agar dapat diperkasakan ke tahap yang optima.
Di
samping itu, mengaplikasikan psikologi dan kaunseling dalam penilaian personel
dengan membantu pengurus sumber manusia memahami minat, personality, emosi,
sikap dan pencapaian seseorang dengan menggunakan ujian psikologi. Apllikasi
ini direalisasikan semasa pengurusan prestasi dan pembangunan kompetensi.
ENCIK MOHD NAZRI BIN SAAD
Ketua Unit Psikologi dan Kaunseling
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh
No comments:
Post a Comment