• ;

PERTANDINGAN INOVASI IPG KAMPUS IPOH TAHUN 2026

 10 JUN 2026 - UPSK bersama PRSD IPGK Ipoh telah memasuki pertandingan inovasi kategori Pengurusan.  Pasukan SYNERGY yang diwakili oleh Pn. Siti Ainani binti Abd Razak, serta 4 ahli PRSD iaitu saudara Amir, Hisyam, Maira dan Damia dari Unit B telah menghasilkan inovasi bertajuk KIT KEMUDI.  Pasukan ini telah memenangi Johan (Pingat Emas) bagi kategori ini. TAHNIAH diucapkan.






Kongsi:

11-13 MEI 2026 - Program Pemantapan AKRAB Zon Utara bertempat di PLK Ulu Kenas,Perak melibatkan 72 orang peserta dari semua IPG Zon Utara.  IPGKI telah menghantar seramai 10 orang peserta yang terdiri daripada ahli AKRAB dan Kaunselor Pendidikan IPGKI.  Program ini merupakan kerjasama dengan Akademi Kenegaraan Malaysia.  Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan yang berjaya merapatkan hubungan sesama peserta.





Kongsi:

PROGRAM KARAKTER GURU MUDA MASA KINI

10 JULAI 2026 - Satu program ceramah telah diadakah kepada pelajar PISMP Unit C bertempat di Dewan Seri Melati, IPGKI. Ceramah ini telah disampaikan oleh Hj Muhammad Halili bin Hj Mohd Isa, Presiden Persatuan Guru Besar Malaysia / Guru Besar SK Dato Yahya Subban.  Penceramah telah memberi semangat, motivasi dan nasihat kepada bakal-bakal guru.




Kongsi:

PROGRAM PEMANTAPAN KEPIMPINAN & PEMUDAHCARA PRSD IPGKI TAHUN 2026

 19 - 21 JUN 2026 : Bertempat di Resort Universiti Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, satu program kerjasama antara PRSD IPGK Ipoh dan Fasilitator USAS telah dijalankan yang melibatkan seramai lebih kurang 20 orang ahli PRSD IPGKI.  Objektif program ini dijalankan adalah untuk memberi kemahiran menguruskan program dan ilmu pemudahcara kepada ahli PRSD kerana kemahiran ini sangat perlu khususnya kepada semua siswa guru amnya sebagai nilai tambah untuk menjadi bakal pendidik yang serba boleh danberkemahiran.  Antara aktiviti yang dijalankan adalah lawatan ke Makmal Kaunseling USAS, sesi ice-breaking, pembinaan kumpulan, LDK dan malam kebudayaan. Pada hari akhir, peserta telah pergi ke Pusat Kraftangan Labu Sayong untuk demo pembuatan labu sayong, serta mewarna. 











Kongsi:

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1