22 OKTOBER 2024: Unit Psikologi dan Kaunseling (UPsK) telah menganjurkan Kempen Derma Darah dalam kalangan warga IPGMKI kerjasama dengan Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh bertempat di Dewan Seri Melati bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Program ini bertujuan untuk memupuk rasa tanggungjawab dalam kalangan warga IPGMKI dalam membantu mereka yang mememerlukan darah dan membantu pihak hospital dalam meningkatkan stok simpanan darah yang sedia ada di hospital. Alhamdulillah kempen ini mendapat sambutan dalam kalangan warga IPGMKI dan mecapai KPI Jabatan Perubatan Tranfusi dari segi kuantiti yang disasarkan. Pihak UPsK ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyumbang-penyumbang darah yang budiman di atas keprihatinan anda dalam aspek menolong mereka yang memerlukan.
No comments:
Post a Comment