20 April 2022 - Ahli Akrab IPG Kampus Ipoh dengan kerjasama Unit Psikologi dan Kaunseling telah melakukan satu aktiviti memasak bubur lambuk secara bergotong-royong untuk diedarkan kepada warga IPG Kampus Ipoh.
Penganjuran pertama kali ini disertai seramai 25 orang ahli AKRAB dengan dibantu beberapa kakitangan Unit Psikologi dan Kaunseling. seawal 10 pagi para peserta telah memulakan tugas maisng-masing dari proses penyediaan sehingga pembungkusan. Edaran bubur lambuk bermula jam 4.00 petang mendapat sambutan yang meriah oleh warga IPG. Dianggarkan sebanyak 400 bekas telah berjaya diedarkan selama 30 minit.
No comments:
Post a Comment