23 FEBRUARI 2026 - Bertempat di Mini Teater IPGK Ipoh, telah diadakan Taklimat Program Pementoran Perkhidmatan Awam KPM Peringkat IPGK Ipoh. Ianya telah dihadiri oleh Mentor dan Mentee yang terdiri daripada Pegawai Pengurusan dan staf IPGKI yang baru dilantik pada tahun ini. Program dimulakan dengan ucapan daripada Ketua Unit UPSK En. Mohd Nazri bin Saad, seterusnya penyerahan surat pelantikan Mentor dan buku log Mentee. Taklimat penerangan Pementoran telah diberikan oleh Pn. Kastina binti Abu Kassim. Program diteruskan lagi dengan slot psikososial - terapi warna yang dibimbing oleh Cik Jami'ah binti Ismail, Pegawai Pengurusan UPP. Unit Psikologi dan Kaunseling IPGK Ipoh mengucapkan terima kasih kepada semua Mentor dan Mentee yang hadir pada program ini.
MAJLIS PEMBUBARAN JK PRSD SESI 2025/2026 DAN MESYUARAT AGUNG PRSD TAHUN 2026
BENGKEL KERJA PEMBANGUNAN MANUAL PENGURUSAN PROGRAM KAUNSELING (MPPK) IPG KPM TAHUN 2026
26-27 JAN 2026 : En Mohd Nazri bin Saad (Ketua Unit Psikologi dan Kaunseling) telah dijemput untuk menjadi panel jawatankuasa dalam Bengkel Kerja Pembangunan Manual Pengurusan Program Kaunseling (MPPK) IPG bertempat di Hotel The Jerai Sungai Petani, Kedah. Semoga usaha ini dapat meningkatkan lagi kualiti kerja dan pengurusan Unit Psikologi dan Kaunseling IPG di masa akan datang.
SLOT PEMETAAN PERSONALITI DAN KEPIMPINAN PELAJAR IPG KAMPUS IPOH TAHUN 2026
28 JAN 2026 : Unit Psikologi dan Kaunseling (UPsK) IPGMKI telah dijemput untuk mengendalikan slot psikometrik bersama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2026 anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Slot ini diadakan di Pusat Islam IPGKI pada pukul 3.30 - 5.00 petang dengan disertai seramai 27 orang AMT dan AMM JPP. Slot ini telah dikendalikan oleh Pn. Siti Ainani binti Abd Razak, Kaunselor Pelajar IPGKI. Antara aktiviti yang telah sediakan adalah ice-breaking, pentadbiran Inventori Big Five, Personaliti Plus serta penerangan berkaitan skor yang diperolehi dan bagaimana ia dikaitkan dengan ciri-ciri pemimpin. Slot ini berlangsung selama 1 jam 30 minit. Setelah selesai, dapatan skor telah dibincangkan bersama pegawai JHEP untuk penilaian personaliti AMT.
BENGKEL PENATARAN EKOSISTEM 1 PSIMP AMBILAN SEPT 2021- JULAI 2026 (UNIT X) TAHUN 2026
14 JAN 2026 : Unit Psikologi dan Kaunseling (UPsK) IPGMKI telah dijemput untuk mengendalikan slot bersama UPSK di dalam Bengkel Penataran Ekosoistem 1 PISMP Ambilan Sep 2021-Julai 2026 anjuran Jabatan Kecemerlangan Akademik dan Unit Praktikum. Slot UPsK yang diadakan di Dewan Seri Tanjung ini dilaksanakan pada pukul 2.30 hingga 3.30 petang. Bengkel ini telah disertai oleh pelajar PISMP Unit X seramai 322 orang. Bagi slot UPsK, aktiviti telah dikendalikan oleh Pn. Siti Ainani binti Abd Razak, Kaunselor Pelajar bersama dengan kaunselor pelatih daripada USAS iaitu Cik Fadhilah dan Cik Aisyah. Pn. Siti Ainani telah menyampaikan perkongsian bertajuk Amalan Penyayang selama 1 jam.





























