• ;

SELAMAT HARI GURU !!

Unit Psikologi dan Kaunseling ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua warga pendidik di Malaysia terutama kepada warga IPG Kampus Ipoh. 

16 Mei 2022 tarikh keramat tanda penghargaan kepada guru-guru yang telah berjuang untuk mendidik anak-anak bangsa. Tiada kata yang mampu diungkap, selain ucapan TERIMA KASIH di atas semua jasamu, guru.

"GURU TUNJANG SEKOLAH SEJAHTERA"

#emosisihatprestasihebat

#leadingfuturemodelteacher

#ipgkithebest#makeadifference



Kongsi:

PROGRAM ART WITH A HEART

 10 Mei 2022 - Unit psikologi dan kaunseling telah menganjurkan satu program Art With A Heart yang menggunakan pendekatan terapi seni. Program ini telah berlangsung selama satu hari di Dewan Seri Kledang. 

Seramai 25 orang peserta yang terdiri daripada Ahli Akrab IPG Kampus Ipoh yang terlibat. Program ini dikendalikan oleh kaunselor pelatih IPG Kampus Ipoh iaitu Cik Nur Izzati dan Pn Hafizatul Azlin. Seterusnya, penceramah jemputan bagi program ini ialah Pn Nur Hidayatee Binti Rusli yang merupakan kaunselor berdaftar FELCRA Berhad. Terdapat banyak aktiviti yang dijalankan sepanjang program tersebut yang melibatkan terapi seni. Antaranya, Body Mapping, Family Tree, Mandala Pecahan, Mandala Mata dan Jurnal Writing.









Kongsi:

Daftar

https://www.blogger.com/u/0/blog/layout/4748373973034833137?pli=1